SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

02 Ogos 2012

Suasana Petang, Teruna dan Kasut Rayanya


Suasana petang cukup mendamaikan di Kg Paya. Sekarang musim panas. Padi pun sedang mula di tuai. Mesin padi broka Zulhiri a.k.a. Dik Heri telah mula berkerja. Para petani mengharapkan dapat la duit buat persiapan menyambut Syawal Nanti.


Jalan masuk ke kampung dah di perbesarkan. Mudah sikit kereta nak berselisih. Maklumlah, masing-masing dah berkereta besar.


Surau Kg Paya Tengah. Pakat dok Bertarawikh juga di sini.


Belat Batu, dulu tempat ni jadi tumpuan anak muda dok mandi sungai. Dulu airnya jernih. Sekarang.... aduhai... berkeladak.....


Padi dah mula menguning. Tunggu mesin padi nak menuai saja.


 Kedai Wani pun tutup bulan posa. Cuma juai ais tiub saja petang-petang.


Yaziz Mohd Hadzir a.k.a. Dik Yazik sedang termenung. Apakah yang difikirkannya. Mungkin sedang memikirkan bila akan berkunjungnya hari bahagia beliau.


Dik Yazik memperagakan kasut raya Adidasnya. Nak pakai pi Ladang Tebu kot raya ni?

Begitulah suasana kampung. Waktu petang cukup mendamaikan. Ramai juga anak-anak Kg Paya yang balik bulan Ramadhan ni. Mungkin terkenang kampung. Nak tunggu syawal lama sangat. Nanti Syawal balik pulak la kot? Antara yang nampak balik mai berposa di kampung ialan Saiful Adli dan Amyrul Zunika. Moga masing-masing bahagia hendaknya......

Tiada ulasan: