SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

17 Ogos 2012

Aidilfitri Semakin Hampir, Merdeka Tak Di Lupai

Hari Lebaran semakin hampir. Bila kah Anak-Anak Paya nak pulang?...... Tiket dah beli ka?....... atau terpaksa beraya di rumah mertua?...... Dalam kemeriahan menyambut lebaran, Hari kebangsaan tidak di lupa.


Pengurus Dagang Kasih Enterprise, Khairul Anuar a.k.a. Pak Ndak Herul tersenyum melihat kenderaan perniagaan barunya. Disumbangkan oleh FAMA untuk peniaga kecil sepertinya. Bayaq sorang setengah.... kira OK laa tuuu. Pak Ndak sekarang sedang berlatih dan belajar mengendalikan kenderaan barunya. Tiap-tiap petang keliling kampung. Nak kena kursus di Port Dickson katanya. Zulkifli tersenyum melihat telatah anaknya. Bendera Malaysia pak ndak tak lupa......


Mesin padi pun dah hampir habis menuai.


Jalur Gemilang megah berkibar di Lorong Memori Duka, Kg Katong.


Jalan Kg Nyatoh pun tidak kurang Jalur Gemilangnya.


Tu dia...... di Padang Chenak pun penuh juga benderanya.....


Petang ni nak masak Gulai Daging kata En Johari a.k.a. Pak Cik Mi.


Walaupun penat berpuasa, Pak Cik Mi tetap nak kena pi tengok bendangnya.


Yaziz a.k.a. Dik Yazik bersantai di sebelah petang bersama motosikalnya

Tiada ulasan: