SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

30 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55


Futsal Cabaran Perisai Sumbangsih Paya Kg Besar 2012

Sempena raya kali ni, satu pertandingan Futsal Persahabatan yang di namakan Futsal Cabaran Perisai Sumbangsih Paya Kg besar 2012 telah di adakan di D'Futsal Centre Batu 2 pada 23hb Ogos 2012. Pertandingan tersebut melibatkan 4 pasukan Paya Kg Besar. kejohanan ini adalah di 'Sumbangsih' oleh En Saiful Adli dan juga Gerakan Belia 4B Caw. Paya Kg Besar.


Senarai Pasukan dan Pemain


Keputusan Perlawanan


Kedudukan Terakhir Liga



Masing-masing kepenatan


Dok mencongak strategi


Mohd Amin keletihan.... esok nak memandu balik ke KL plak.....


En Saiful Adli (Penaja) dan Mohd Amin


Para Penyokong




Bergambar Kenangan selepas perlawanan


Suatu Hari Di Hari Raya (Langsung Dari Kg Paya)

Sekeping gambar membawa 1001 kisah, suka, kegembiraan dan kesykuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri........ Maaf Zahir dan Batin


Suasana Sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Paya, Mat fitri dan Fazli


Hairul....... Menantu Cik gu Suhaimi.....


Shahrizal tersenyum gembira


Bang Di...... Teringat semasa beraya d Kuala Lumpur suatu masa dahulu....


Abd Rahim Mohd Noor..... Mantan JKKK......


Zafril Said dok pulun ais kerim.....


Shahrizal @ Chenz.... juga dok pulun ais kerim....


 Tu dia Zafril @ Prinnnn...... dok kira makan ais sajaaaa


Tu dia, Wandi dengan Prin.... hentam sekotak teruih.....


Anak-anak Kg Paya gembira......


Orang-orang lama mungkin kenai..... Muhizan.....


Farish... anak Zulkifli Johari


Kami nak duit rayaaa........


Menikmati juadah Raya, Mohd Saiful Mustaffa (Bekas Kapten Bolasepak Sek Keb Paya tahun 1988) berbaju ungu muda dan MA Zamri........


Orang Pahang, Amyrul Zunika anak Pak Ndak Khairul dan cucunya pun balik beraya di Kg Paya


Abdul Razak Shaari @ Pak Long Dak lepak-lepak di petang raya. 

Sehari Sebelum Lebaran, Kisah Di Balik Tabir

Sehari sebelum lebaran.......... Persiapan Anak-Anak Paya menyambut lebaran


Pekan Balai Baru...... Jem di limpahi anak-anak Perlis yang pulang dari perantauan


Yaziz @ Di Yazik terpaksa mengambil alih tugas Mohd Raffi memotong rumput sempena lebaran kali ini....


Para petugas suriapaya.blogspot sedang menyiapkan Banner menyambut kepulangan anak-anak Kg Paya di perantaun. Asmifaisal @ Anak Paya dan Pak Ndak Khairul.....


Ikat kuat-kuat supaya tak terungkai ikatan. Kamal @ Pak Tih memakai topi keledar untuk keselamatan....


Mohammad nurran @ Dik Ann dan Pak Ndak Khairul


Tu dia..... baru orang lalu kelih....


Kerja-kerja pemasangan siap dijalankan...... Selamat pulang anak-Anak Paya di perantauan. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan untuk membuat Banner raya pada tahun ini. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita sumbang lagi.....


Persiapan terakhir dua sahabat dan bakal biras........ Nurul Amir @ dik Amir dan Shahrizal @ chenz....... esok raya dah tak dak rambut dahhhhh.....

17 Ogos 2012

Salam Lebaran 1433, Maaf Zahir & Batin


Aidilfitri Semakin Hampir, Merdeka Tak Di Lupai

Hari Lebaran semakin hampir. Bila kah Anak-Anak Paya nak pulang?...... Tiket dah beli ka?....... atau terpaksa beraya di rumah mertua?...... Dalam kemeriahan menyambut lebaran, Hari kebangsaan tidak di lupa.


Pengurus Dagang Kasih Enterprise, Khairul Anuar a.k.a. Pak Ndak Herul tersenyum melihat kenderaan perniagaan barunya. Disumbangkan oleh FAMA untuk peniaga kecil sepertinya. Bayaq sorang setengah.... kira OK laa tuuu. Pak Ndak sekarang sedang berlatih dan belajar mengendalikan kenderaan barunya. Tiap-tiap petang keliling kampung. Nak kena kursus di Port Dickson katanya. Zulkifli tersenyum melihat telatah anaknya. Bendera Malaysia pak ndak tak lupa......


Mesin padi pun dah hampir habis menuai.


Jalur Gemilang megah berkibar di Lorong Memori Duka, Kg Katong.


Jalan Kg Nyatoh pun tidak kurang Jalur Gemilangnya.


Tu dia...... di Padang Chenak pun penuh juga benderanya.....


Petang ni nak masak Gulai Daging kata En Johari a.k.a. Pak Cik Mi.


Walaupun penat berpuasa, Pak Cik Mi tetap nak kena pi tengok bendangnya.


Yaziz a.k.a. Dik Yazik bersantai di sebelah petang bersama motosikalnya

10 Ogos 2012

Mentari Merah Di Ufuk Bukit Nyatoh & Anak Teruna Pulang Ke Kampung

Indah sekali permandangan di Kg Paya tak kala mentari mahu melabuhkan cahayanya. Namun aktiviti orang kg Paya tetap dilakukan sementara menunggu waktu maghrib dan waktu berbuka puasa....


Cukup mendamaikan jiwa suasana di waktu senja.


Zamri bersemangat. Persiapan Aidilfitri tidak menjejaskan semangat merdekanya. Bendera penuh di pasang keliling rumah.


Zulkifli dan Mohd Raffi a.k.a. Dik Ropi...... berbincang untuk meningkatkan kemajuan kampung. Dik Ropi balik dari Penang. La ni dia ambik alih tempat abangnya iaitu Dik Yazik, berhijrah ke Penang mencari rezeki. Nak beli kereta Honda Ferio katanya....


Yazmi Mohd Hadzir a.k.a. Cik Mi.... berkain pelikat di waktu petang.


Berkerut muka Cik Mi menahan penat berpuasa. Tahun ni katanya cuti raya buleh la lama sikit.

Steady anak-anak Paya....... Tunggu Banner Raya nak pasang nanti......