Sudah menjadi adat hidup di kampung. Kenduri Kendara dan bermuafakat sudah jadi tradisi. Kalau tak pi kenduri serta tolong tempat kenduri, maka dapatlah gelaran YAUK. Tua dan muda sama-sama membantu. Ikut mana yang mampu. Bila sampai giliran kita, orang mai tolong kita pulak.
Mohd Fuad, sentiasa setia membasuh gelas-gelas air merah......
YB Santan, Tn Hj Sabry Ahmad tidak ketinggalan memeriahkan majlis sambil bertemu penduduk setempat. Sambil-sambil makan boleh mendengar keluh kesah rakyat. Puad dan En Shahidan Shaari a.k.a. Pak long Dan dok lobi projek ka?... hee...hee...
Kenduri-kendara juga kadangkala menjadi medium pertemuan kembali sahabat lama. Mohd Faizal a.k.a. Pijan bersama sahabat lama Iput.
Ni penyokong kelab Johor FC ka?
Pengantin yang diraikan, Mond Fauzi a.k.a. Pujie dan Pasangannya di hari bahagia.
Sudah menjadi adat, bila nak kenduri, kena la bermesyuarat, baru majlis berjalan lancar. Kamal Sudin, Fuad dan Bang Mi.
Pengerusi mesyuarat, En Suhaimi, Pengerusi JKKK Cikgu Abdul Halim dan Abdul Razak a.k.a. Bang Dak Bekhoo....
Ingatkan ada kenduri di rumah Shahrizal Shahrudin a.k.a. Cendoi, tengok asap berkepui-kepui tapi rupanya dok bakar sampah...... pencemaran alam ni....
Skuad Basuh Pinggan di rumah Kenduri Pernikahan anak En Zakaria a.k.a. Bang Ya yang terletak di hujung kampung. Muhizan, Yaziz, Khairul Anuar, En Shaari, En Ridzuan, Pak Ngah Lah dan Pak Tih Kamal
Nabil pun nak basuh pinggan sama......
Mesyuarat JKKK yang di hadiri oleh YB Santan, Tn Haji Sabry Ahmad. Mendengar permasalahan Penduduk Paya Kg Besar.
Dua beradik, Pak Ndak Khairul dan Pak Tih Kamal khusyuk mendengar ucapan.
Hidup di kampung, Hidup Sederhana, Walau Sederhana Tapi Mewah Tolong Menolong...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan