SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

07 September 2010

Salam Kemerdekaan & Salam Aidilfitri

Merdeka! Merdeka! Merdeka dan Salam Aidilfitri



Jalur Gemilang berkibaran megah di Kampong Katong

 Air dah mula memenuhi petak-petak di Padang Chenak.

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua anak-anak Kg Paya serta Salam Aidilfitri. Sebab masing-masing dalam mood raya, rasanya elok saya update gambar-gambar raya lepas raya nanti. masing-masing pakat dok ingat nak balik Paya saja. Pesan suriapaya.blogspot agar semua berhati-hati ketika memandu. semoga selamat sampai ke Kg Paya dan dapat berhari raya bersama keluarga.

Seperti yang saudara sedia maklum, tahun ini pertandingan Keceriaan Malam Aidilfitri tidak dapat diadakan disebabkan kita kekurangan dana disamping kemelesetan ekonomi dunia. Jadi kita kena la berjimat cermat tahun ni.

Namun jangan bimbang, sebagai ganti, pada malam 18hb Sep 2010 ni, akan diadakan pertandingan Tenpin Bowling. Kita main bowling pulak raya ni. Jom kita sama-sama sertai untuk memeriahkan lagi hari raya di samping mengeratkan silaturrahim. Yuran cuma RM15.00. Itupun hanya untuk bayaran gelanggang dan kasut. Hadiah menarik menanti peserta. Rujuk ruangan aktiviti yang bakal berlangsung untuk maklumat lanjut.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan: