SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

28 September 2010

Suatu Hari Di Hari Raya # 1

 " Satu Hari di Hari Raya,
Ku lihat cahaya bersinar indah,
Langit cemerlang tak terkira,
Tanda kuasa yang Maha Esa,
Memberi nikmat pada manusia "

 Rasanya ramai anak-anak Paya yang balik ke kampung pada hari raya yang lepas 
"WELCOME HOME SWAMPTHING"

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari warga suriapaya.blogspot.


 Keluaq aja mesjid Paya, Che Gu Suhaimi dok hingaq...... patut pun, kasut dia baru beli di Nat Sabtu hilang.
Kesian....dia balik kaki ayam.....


 "Bila kita nak start kayuh?"... amboih, kami tak dan nak makan kuih raya lagi cikgu
dah nak ajak kayuh ka?


Tu dia orang kuat Paya niii...... anak Pak Rahim Tokey Gas tersenyum..... yang baju koko tu belum ada yang punya...

Kepada rakan-rakan di Paya yang balik beraya.....sapa nak keluaq gambaq dalam suriapaya.blogspot, sila emailkan gambar anda beserta keterangan gambar untuk kami pamerkan gambar tersebut untuk tatapan semua warga Kg. Paya.

Gambar teristimewa akan menerima hadiah misteri dari suriapaya.blogspot.
sila emailkan gambar anda ke ksrsuriapaya@gmail.com atau hantar gambar anda pada mesej Facebook Suria Paya Mahazir. Terima kaseehhhhhh......

07 September 2010

Salam Kemerdekaan & Salam Aidilfitri

Merdeka! Merdeka! Merdeka dan Salam Aidilfitri



Jalur Gemilang berkibaran megah di Kampong Katong

 Air dah mula memenuhi petak-petak di Padang Chenak.

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua anak-anak Kg Paya serta Salam Aidilfitri. Sebab masing-masing dalam mood raya, rasanya elok saya update gambar-gambar raya lepas raya nanti. masing-masing pakat dok ingat nak balik Paya saja. Pesan suriapaya.blogspot agar semua berhati-hati ketika memandu. semoga selamat sampai ke Kg Paya dan dapat berhari raya bersama keluarga.

Seperti yang saudara sedia maklum, tahun ini pertandingan Keceriaan Malam Aidilfitri tidak dapat diadakan disebabkan kita kekurangan dana disamping kemelesetan ekonomi dunia. Jadi kita kena la berjimat cermat tahun ni.

Namun jangan bimbang, sebagai ganti, pada malam 18hb Sep 2010 ni, akan diadakan pertandingan Tenpin Bowling. Kita main bowling pulak raya ni. Jom kita sama-sama sertai untuk memeriahkan lagi hari raya di samping mengeratkan silaturrahim. Yuran cuma RM15.00. Itupun hanya untuk bayaran gelanggang dan kasut. Hadiah menarik menanti peserta. Rujuk ruangan aktiviti yang bakal berlangsung untuk maklumat lanjut.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

03 September 2010

Di Sini Kasihku Tertumpah

Di Kg. Paya kasihku tertumpah.........


Senja yang cukup mendamaikan...... gambar diambil di Padang Chenak.... Sampai lewat hari tu.... ngam-ngam masa nak buka posa...

 
Kodik dan Mat Pitri (2 bujang lapok).... walaupun posa ...... tetap ceria......


Pak Tih Kamal dengan Sapuan tengah dok ingat nasik kandaq kot