Buat pertama kali dalam sejarah setelah hampir 3 tahun bertugas di Penang, aku tak balik kampung cuti minggu ni. Nak buat macamana, terpaksa bertugas untuk negara (dah tak dapat nak elak walaupun dah cuba mengelat). Kena bertugas pulak pada hari sabtu.
Oleh kerana pagi ahad takde apa-apa nak buat, aku panaskan pedal basikal dengan berkayuh ke satu tempat. Dulu aku dengan Datuk Sukri dah mai sini tapi tak sampai sebab dah hampir malam dan dia pun masih amatur lagi masa tu (kayuh punya la lambat!).
Bila dok lepak sorang-sorang kerusi, teringat la kenangan lama masa bawak awek mai sini (tapi tak pa dah jadi bini aku pun!). Sekali termenyanyi lagu ni plak...
"Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangankita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...Cinta kita di PANTAI MERDEKA
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di PANTAI MERDEKA"
Alamak, karat la pulak. Seronok betul duduk kat tepi laut, rasa macam tak mau balik Penaga plak. Belah petang dan lagi kayuh, aku kayuh ikut Lingkaran Luar Butterworth. Sunyi betul bila tak dapat balik jumpa bini dan anak-anak.
3 ulasan:
ada jambori mountain bike kt nibong tebal. hg x join ka
dulu memang aku tak boleh kayuh sampai pantai merdeka....tapi la ni..........kalu berani jom la try...
jom masuk jambore kat uum 19/07 dan kedah jamboree 01/08.....
Macam tu la dok ada Mat Det ooiii..
Catat Ulasan