SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

29 Jun 2009

Gembira Bersama Keluarga


Minggu ni buleh la balik setelah minggu lepas tak balik. Best sungguh dapat jumpa anak-anak, isteri dan ibu serta bapa. Balik minggu ni kenduri rumah wandi. Ramai juga kawan-kawan yang tak dapat balik makan kenduri wandi. Salah satu yang aku tak kelih ialah ical dan pun cikgu mi. Kodik ada, eddy ada, yon ada, mat fitri ada, zamani ada. Meriah jugak laaa. Jangan jadi 'YAUK'!

22 Jun 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Buat pertama kali dalam sejarah setelah hampir 3 tahun bertugas di Penang, aku tak balik kampung cuti minggu ni. Nak buat macamana, terpaksa bertugas untuk negara (dah tak dapat nak elak walaupun dah cuba mengelat). Kena bertugas pulak pada hari sabtu.
Oleh kerana pagi ahad takde apa-apa nak buat, aku panaskan pedal basikal dengan berkayuh ke satu tempat. Dulu aku dengan Datuk Sukri dah mai sini tapi tak sampai sebab dah hampir malam dan dia pun masih amatur lagi masa tu (kayuh punya la lambat!).
Bila dok lepak sorang-sorang kerusi, teringat la kenangan lama masa bawak awek mai sini (tapi tak pa dah jadi bini aku pun!). Sekali termenyanyi lagu ni plak...
"Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangankita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...Cinta kita di PANTAI MERDEKA
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di PANTAI MERDEKA"
Alamak, karat la pulak. Seronok betul duduk kat tepi laut, rasa macam tak mau balik Penaga plak. Belah petang dan lagi kayuh, aku kayuh ikut Lingkaran Luar Butterworth. Sunyi betul bila tak dapat balik jumpa bini dan anak-anak.

17 Jun 2009

Seronokkan Kerja Baru Seronok


Kesian tgk rakan-rakan aku Hezrie dengan Mat Zawawi... penat kerja sampai tertidur. Gambar ini diambil ketika jam 6.00 petang. Beginilah keadaan kami disini..... penat buat kerja sampai tertidur, dah la pulang rumah pun lewat.
Lain lah dengan rakan-rakan di tempat lain terutamanya Pak Lang (Rahime) dengan Mat Yo. Kalau penat buleh la buat trip inspection kat Kapit atau Lawas.
Macam tu la dok ada......

16 Jun 2009

Sarawak Dalam Kenangan (Part#1-Sibu)

Gambar kenangan ni diambil semasa aku dan rakan-rakan mengadakan 'lawatan' ke Sibu. Gambar kenangan bersama Bang Brahim dan Datuk Rashdan. Kalian semua tetap dalam ingatan. Apa polah kitak tek?

12 Jun 2009

Suasana Pejabat Hari Ni....

Nampak gaya hari ni pejabat kosong aja. Banyak yang masih bercuti lagi. Hari ni nampak muka semua ceria saja, maklumlah esok cuti dan ramai yang pakai nak pederaih balik kampung jumpa bini dan suami.

10 Jun 2009

Aktiviti Jom Kayuh

Ahad ni (14hb Jun 2008) basikal ni akan kembali menguasai jalan di belah Perlis setelah hampir satu bulan berehat. Sapa yang berhajat nak join bolehlah ....

Pak Lang (Rahime) macamana, dah start dok kayuh belah kuching ka? Sukri Baling pulak nampaknya kena rajin-rajin la ajak Izzat kayuh, kena cari parner baru la pulak.

04 Jun 2009

Paya Kg. Besar Super League 2008

Bersama rakan-rakan pasukan futsal Real Nyatoh pada kejuaraan Paya Kg Besar Super League 2008. Pasukan Real Nyatoh berjaya menduduki tempat ke empat. Berdiri dari kiri Ashraf, Mahazir, Khairul Anuar. Duduk dari kiri Fadzli, Din

03 Jun 2009

Pertandingan Futsal i-Metro 2009 Peringkat Zon Utara

Bersama rakan-rakan pasukan anakperlis.com dipertandingan futsal i-Metro 2009 Peringkat Zon Utara yang diadakan di D'Futsal Centre, Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis

02 Jun 2009

Kursus Kecemerlangan Siri 1/2009

Gambar kenangan bersama rakan-rakan kumpulan Gagah Perkasa semasa kursus kecemerlangan di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang

01 Jun 2009

SaTu pErjAlaNan sUdAh BerMulA..........

Manis senyuman, memukau aku, sampai kemari.........
Kini aku ingin memulakan blog sendiri, mencatat segala gembira duka di sini.