Pada perlawanan tersebut, The Safety Rangers tumpas kepada Penang IADA dengan keputusan 5 gol berbalas 7. Antara faktor kekalahan The Safety Rangers pada perlawanan tersebut ialah kerana rata-rata pemain kali pertama bermain atas rumput tiruan. Selain bermain di padang lawan, faktor pengadilan juga menjadi punca dimana pengadil perlawanan pada hari tersebut iaitu En Wahab (Ex DOSH Penang) agak berat untuk meniup wisel.
Namun rata-rata pemain bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat namun nasib tidak menyebelahi The Safety Rangers. Jangan takut, kita akan 'repeat' balik nanti.
1 ulasan:
Takkan hang tak tau AWY main futsal pun dok keliling bulat saja...hahahaha
Catat Ulasan