SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

10 November 2009

Futsal Liga Juara-Juara JKKP Pulau Pinang 2009

Pada 7hb, 14hb dan 21hb Oktober 2009 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Futsal Liga Juara-Juara JKKP Pulau Pinang 2009. Kejohanan ini adalah digunakan sebagai pentas mengeratkan silaturrahim antara staf JKKP Pulau Pinang dan sebagai medan untuk pemilihan pemain bagi mewakili Pasukan JKKP Pulau Pinang (The Safety Rangers) dalam kejohanan Futsal JKKP Zon Utara yang dijangka akan berlangsung pada 05hb Disember 2009.

Empat Pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan ini dijalankan secara liga 2 pusingan.

PESCARA FC (BORUSSIA DORTMUND)

SENA RANGERS (INTER MILAN)

REAL PENAGA (JUVENTUS)

MUNCHEN UNITED (BAYERN MUNCHEN)
Berikut adalah kedudukan Peringkat liga :
Pasukan P M S K J B Mata
PESCARA 6 4 1 1 34 23 13
PENAGA 6 4 1 1 21 20 13
MUNCHEN 6 3 0 3 24 23 9
SENA 6 0 0 6 16 29 0
Berikut pula adalah keputusan peringkat kalah mati di mana pasukan juara liga bertemu tempat ketiga sementara naib juara liga bertemu pasukan tempat keempat.
PESCARA FC Lwn MUNCHEN UNITED
(Pescara menang dengan keputusan 7 gol berbalas 3)
SENA RANGERS Lwn REAL PENAGA
(Sena Rangers menang melalui tendangan penalti 3-2 setelah terikat 1-1 semasa permainan)


Perlawanan Akhir menemukan pasukan SENA RANGERS dan pasukan PESCARA FC.
Perlawanan telah dimenangi oleh pasukan SENA RANGERS dengan 'membelasah' pasukan PESCARA FC 5 gol berbalas 1.


Hezrie kepenatan sehingga terpejam biji mata....

Encik Anuar sedang menonton perlawanan akhir sambil menikmati 'Gatorade'.... dimaklumkan 'Gatorade' bukan 'Star Experience'.....

Beliau yang juga merupakan peminat setia menonton penuh khusyuk sambil mencongak strategi memilih pemain untuk mewakili Team JKKP Pulau Pinang dalam pertandingan futsal JKKP Zon Utara.

Biasa laa....... lepas game tak puas hati la tuuuu....... asyik dok salah orang saja BOB niiii....


Bergambar Kenangan bersama Pengarah JKKP Pulau Pinang iaitu Encik Mohd Anuar Bin Embi selepas perlawanan akhir.

Rata-rata pemain yang menang melahirkan rasa puas hati sementara yang kalah macam biasa la..., asyik dok salah orang saja. Kesian dekat Hisyam, asyik kalah aja team dia. Terima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Pengarah, Puan Hazlina Binti Yon yang menyumbangkan Piala Pusingan untuk pertandingan kali ini. Terima Kasih daun keladi...

Nak tengok hampa hambat bola pulak dalam Kejohanan Futsal JKKP Zon Utara!

09 November 2009

Jamuan Hari Raya dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Malam 7 Likur Paya Kg. Besar 2009

Pada 11hb Oktober 2009 yang lalu, telah berlangsung Jamuan Hari Raya dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Malam 7 Likur Paya Kg Besar, Perlis bagi tahun 2009. Acara tersebut dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Paya Kg. Besar dengan kerjasama JKKK Paya Kg. Besar. Majlis tersebut cukup meriah sekali terutama dengan kehadiran YB Sabry Bin Ahmad, ADUN Santan.

En. Roslan Bin Sudin selaku pengacara majlis....



Ucapan aluan dan pembuka bicara malam tersebut oleh Bang Mi, pemangku Ketua UMNO Paya Kg. Besar.


YB Sabry Bin Ahmad menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada penduduk Paya Kg Besar


Pemenang Pertama iaitu Bang Said dan Kak Fazilah

Pemenang Kedua dimenangi oleh Rumah En Roslan Bin Sudin

Pemenang Tempat Ketiga jatuh kepada jenggg....jennggg......jengggg.......
rumah Wan Mazura Binti Wan Derahman

Putra and The Gang sedang khusyuk memulun makanan...

Antara yang hadir pada malam itu.....

Cu Didan, Puad, Tokey Gas dan Eddy Tongga.......

Eddy Tongga, Wandy.....
Ajie, Sharizal (cendoi), Bang Mail dan Pak Ngah Lah....
Tahniah kepada semua pemenang. (semua dapat hadiah pun). Yang kurang berjaya cuba lagi tahun hadapan.

29 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya JKKP Pulau Pinang 1430 Hijrah

Pada 9hb Oktober 2009 (20 Syawal 1430) telah berlangsung jamuan Hari Raya dan rumah terbuka JKKP Pulau Pinang. Majlis yang berlangsung begitu meriah sekali.
Macam tu la Mat Wi...... Siti senyum aja...... kad jemputan pun dah bagi dahhh....


yang ni takyah cerita la kalau bab makan...... muncung mulut Kak Wan oiii!

Jamuan Raya yang terakhir kot buat Che Nah di JKKP Penang.......... nak buat gena..... hai BOB lagiiiiii......

Marzuki dan Hj Jauhari terkenang isteri & anak-anak di kampung.......... nak buat gena....... nasib badannnnnnn...........

Hezrie dengan wahab dok kontrol hensem pulakkkkk..........

Kak Haryati dengan Junaidah kot nak senyum ahhhhh..... yang ni pun nak buat gena.... nasib badan......

Sanpall (Sean) segak berbaju melayu...... kalah orang melayu.....

Big Boss, En Anuar & 2nd Boss, Puan Hazlina melupakan seketika masalah kerana SATE tetap menjadi pujaannn hatikuuuu...........

Anugerah Wanita Paling Anggun diraih oleh Puan Suhaila sementara Jejaka Paling 'Hensem' pula di raih oleh Encik Wahab

Mat Wi lagiiii....... Macam tu la hang sejak aku kenai dari Kedah dulu...... tak berubah-ubah......

Biar betul Haji Kudzi niii......... empat sekali dia sapu...... Kalau ada pinggan pecah lepas ni jangan cari aku.....

Jerry kali pertama makan lemang......... dia bantai cicah dengan jem...hee...hee.....

Sedondonnnn ........ awak semua nampak biru.......

Ni awat pakat dok angkat sumpah plak?

Bani ni macam tu laaaa.......... tak pernah betui!

Tiga 'Teruna Pungutan" - Mat Jan, Bang Zul dan Isma

3 "Dara Pingitan" - Puteri, Su & Kak Ros
Meriah sungguh sambutan raya tahun ni. Kawan-kawan lama yang pernah dok penang dulu apa khabar agaknya? terutama yang jauh di seberang macam pak lang rahime, mat yo, buvan, miji dan mat zahid........
Jangan la kawan-kawan semua lupa kat kami di sini. Semoga berbahagia semua. Maaf Zahir dan Batin....

19 Oktober 2009

Kejuaraan Sepaktakraw Bergu Paya Kg. Besar 2009

Pada 26hb September 2009, telah berlangsung Kejuaraan Sepaktakraw Bergu Paya Kg. Besar 2009. Pertandingan ini berlangsung di Gelanggan Serbaguna Kg Ulu, Paya Kg. Besar, Beseri, Perlis. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Berikut adalah kedudukan Peringkat Awal;
Kumpulan A
Kg. Katong In-Law (Khairul Anuar & Anwar) - 6 mata
Lorong Memori Duka-Marathon (Mahazir & Yaziz) - 3 mata
Kg. Ulu-Cik In Boroi (Fazli & Dih) - 0 mata
Kumpulan B
Kg. Bot (Atiff & Anak Hadis) - 6 mata
Kg Ulu Man Pro-Team (Ahmat Fitri & Jimat) - 3 mata
Lorong Che Nab-Belia 4B (Kamal & Safuan) - 0 mata
Kumpulan C
Suria Paya-Maisarah (Putra & Ismat) - 6 mata
Kg. Manja (Khairuzi & Anak Penakan) - 3 mata
Kg. Nyatoh (Puad & Anak) - 0 mata
Kumpulan D
Mentenaik-Honda City (Saiful & Asmifaisal) - 6 mata
Kg Ulu Man-FBT (Jimi & Sarip) - 3 mata
Kg Ulu (Pak Tam & Bang Mat) - 0 mata

Libasan 'Kuda Padu Maut'

Aksi- aksi 'menarik'

Asmifaisal,Saiful & Ahmad Fitri sedang mengatur strategi

Pengadil merangkap pemain, Pak Tih Kamal sedang mengira markah

Suku Akhit 1 : Mentenaik-Honda City Vs Kg Ulu Man Pro Team
(Mentenaik-Hoda City menang)
Suku Akhir 2 : Kg Katong In-Law Vs Kg Manja
(Kg Manja menang)

Suku Akhir 3 -Kg Bot Vs Kg Ulu Man-FBT
(Kg Ulu Man-FBT menang)

Suku Akhir 4 - Suria Paya-Maisarah Vs Lrg Memori Duka-Marathon
(Lrg Memori Duka-Marathon menang)
Peringkat Separuh Akhir 1 :
Mentenaik-Honda City Vs Lrg Memori Duka-Marathon.
Perlawanan paling sengit yang berlanjutan hingga ke tie-break dan dimenangi oleh Lorong Memori Duka-Marathon
Peringkat Separuh Akhir 2 :
Kg Ulu Man-FBT Vs Kg Manja
Perlawanan Agak berat sebelah akibat faktor umur dan dimenangi oleh Kg Ulu Man-FBT.
Perlawanan Akhir :
Kg Ulu Man-FBT Vs Lrg Memori Duka-Marathon
Akibat faktor masa, perlawanan dijalankan menerusi 1 set permainan dan dimenangi oleh Kg Ulu Man-FBT dengan kiraan 21-17.

Para pemenang bersama hadiah masing-masing.

Acara wajib, menikmati minuman di kedai Wani selepas penat bertarung.
Semoga kita bertemu lagi pada kejuaraan tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada saudara Asmifaisal, Saudara Saiful Adli & Gerakan Belia 4B Caw Paya Kg Besar yang telah menyumbangkan hadiah untuk kejohanan tahun ini. Terima kasih daun keladi.
KEMENANGAN YANG DIRAGUT!

30 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya (1430 hijrah)



Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

19 Ogos 2009

Liga Elit Bola Tampar Paya Kg Besar 2009

Pasukan Mentenaik Tigers dan JKKK Dolphins bergambar kenangan selepas perlawanan akhir yang menyaksikan Mentenaik Tigers menewaskan JKKK Dolphins melalui 'tie break' selepas keputusan terikat 1-1.

Pak Ndak Hairul (Freeman) termenung jauh memikirkan nasib pasukannya iaitu Kg Katong Black Hawks yang gagal keperlawanan akhir.

Antara Penyokong dan Pemain yang membanjiri Gelanggang Serbaguna Kg Ulu.

Aksi perlawanan pusingan awal antara pasukan Belia 4B Young Hyppo dengan Kg Katong Black Hawks. Pengadil perlawanan ialah Puad Mohideen
Pada 16hb Ogos 2009, telah berlangsung Liga Elit Bola Tampar Paya Kg Besar 2009 bertempat di Gelanggang Sebaguna Kg Ulu. Pertandingan tersebut disertai oleh 6 pasukan elit dari seluruh Paya Kg Besar. Perlawanan diadakan secara liga satu pusingan dimana pemenang tempat pertama dan kedua liga bertarung pada perlawanan akhir.
berikut adalah kedudukan liga
Mentenaik Tigers - 11 mata
JKKK Dolphins - 6 mata
Belia 4B Young Hyppo - 6 mata
Kg Ulu Lions - 6 mata
Kg Katong Black Hawks - 4 mata
Kg Long Keling Fox - 3 mata
Perlawanan akhir telah menemukan Mentenaik Tigers dengan JKKK Dolphins yang dimenangi oleh Mentenaik Tigers melalui 'Tie Break'.
Hampa ingat, tahun depan Kg Ulu Lions akan kembali dengan kuku yang lebih tajam!