Tengok muka dia gelisah memanjang. Malam pun tak boleh lena, bila pergi kerja mengantuk memanjang. Sabar je lah. Kereta Mohd Ali pun masih kosong, boleh la tumpang ulang-alik sekali.
BLOG & LAMAN WEB RASMI PAYA KAMPONG BESAR, BESERI, PERLIS SERTA BERITA ANAK-ANAK KG. PAYA DI PERANTAUAN
31 Julai 2009
Gelisah Menanti Warkah Dari Putrajaya
29 Julai 2009
Liga Sukan Komuniti DUN Santan 2009
Tahniah kepada pasukan bolatampar Paya Kg Besar (Kelab Suria Paya) yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam Liga Sukan Komuniti DUN Santan 2009. Walaupun pemain rata-rata diwakili oleh pemain bawah 15 tahun, namun semangat yang jitu membolehkan mereka menewaskan pasukan yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman. Takpa, target kita untuk menjadi juara adalah pada tahun 2012.
Berdiri dari kiri : Fadli, Safuan, Mi
Duduk dari kiri : Anak Rahim, Ismat, Putra
Pasukan Bolatampar Elit dan pasukan bolasepak malu nak ambik gambar sebab kalah awal.
begitu juga dengan pasukan sepaktakraw.
Yang paling hebat, pasukan Bolajaring berjaya merangkul tempat kedua (boleh laaa, team yang masuk 3 pasukan saja)
09 Julai 2009
02 Julai 2009
Pesta Durian Kompleks Sempilai Pada 02hb Julai 2009
Bersedia untuk menjadi mangsa belasahan.......
Haji Kudzi sebagai Ketua Penyembelihan memulakan perasmian.......
Kak Wan bila makan bukan tau berenti............
Buat tatapan orang Sabah, Yob kat sini memang kuat makan....
Yang ni pun tak tau berenti juga bila makan (yang mana segak, Orang ka Durian?)...........
Untuk tatapan orang Sarawak, Karim dah mabuk durian....
Begitulah kemeriahan di Penang ni. Walaupun hati masing-masing sayu berjauhan dengan anak,isteri dan suami, masing-masing pakat cuba menceriakan diri. Macam tu la dok adaaaa......
Pak Lang (Rahime) tak buat Pesta Makan durian Serian ka?
29 Jun 2009
Gembira Bersama Keluarga
Minggu ni buleh la balik setelah minggu lepas tak balik. Best sungguh dapat jumpa anak-anak, isteri dan ibu serta bapa. Balik minggu ni kenduri rumah wandi. Ramai juga kawan-kawan yang tak dapat balik makan kenduri wandi. Salah satu yang aku tak kelih ialah ical dan pun cikgu mi. Kodik ada, eddy ada, yon ada, mat fitri ada, zamani ada. Meriah jugak laaa. Jangan jadi 'YAUK'!
22 Jun 2009
Hari Ini Dalam Sejarah
Oleh kerana pagi ahad takde apa-apa nak buat, aku panaskan pedal basikal dengan berkayuh ke satu tempat. Dulu aku dengan Datuk Sukri dah mai sini tapi tak sampai sebab dah hampir malam dan dia pun masih amatur lagi masa tu (kayuh punya la lambat!).
Bila dok lepak sorang-sorang kerusi, teringat la kenangan lama masa bawak awek mai sini (tapi tak pa dah jadi bini aku pun!). Sekali termenyanyi lagu ni plak...
"Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangankita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...Cinta kita di PANTAI MERDEKA
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di PANTAI MERDEKA"
Alamak, karat la pulak. Seronok betul duduk kat tepi laut, rasa macam tak mau balik Penaga plak. Belah petang dan lagi kayuh, aku kayuh ikut Lingkaran Luar Butterworth. Sunyi betul bila tak dapat balik jumpa bini dan anak-anak.
17 Jun 2009
Seronokkan Kerja Baru Seronok
Lain lah dengan rakan-rakan di tempat lain terutamanya Pak Lang (Rahime) dengan Mat Yo. Kalau penat buleh la buat trip inspection kat Kapit atau Lawas.
Macam tu la dok ada......
Langgan:
Catatan (Atom)