SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

30 Ogos 2012

Suatu Hari Di Hari Raya (Langsung Dari Kg Paya)

Sekeping gambar membawa 1001 kisah, suka, kegembiraan dan kesykuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri........ Maaf Zahir dan Batin


Suasana Sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Paya, Mat fitri dan Fazli


Hairul....... Menantu Cik gu Suhaimi.....


Shahrizal tersenyum gembira


Bang Di...... Teringat semasa beraya d Kuala Lumpur suatu masa dahulu....


Abd Rahim Mohd Noor..... Mantan JKKK......


Zafril Said dok pulun ais kerim.....


Shahrizal @ Chenz.... juga dok pulun ais kerim....


 Tu dia Zafril @ Prinnnn...... dok kira makan ais sajaaaa


Tu dia, Wandi dengan Prin.... hentam sekotak teruih.....


Anak-anak Kg Paya gembira......


Orang-orang lama mungkin kenai..... Muhizan.....


Farish... anak Zulkifli Johari


Kami nak duit rayaaa........


Menikmati juadah Raya, Mohd Saiful Mustaffa (Bekas Kapten Bolasepak Sek Keb Paya tahun 1988) berbaju ungu muda dan MA Zamri........


Orang Pahang, Amyrul Zunika anak Pak Ndak Khairul dan cucunya pun balik beraya di Kg Paya


Abdul Razak Shaari @ Pak Long Dak lepak-lepak di petang raya. 

Sehari Sebelum Lebaran, Kisah Di Balik Tabir

Sehari sebelum lebaran.......... Persiapan Anak-Anak Paya menyambut lebaran


Pekan Balai Baru...... Jem di limpahi anak-anak Perlis yang pulang dari perantauan


Yaziz @ Di Yazik terpaksa mengambil alih tugas Mohd Raffi memotong rumput sempena lebaran kali ini....


Para petugas suriapaya.blogspot sedang menyiapkan Banner menyambut kepulangan anak-anak Kg Paya di perantaun. Asmifaisal @ Anak Paya dan Pak Ndak Khairul.....


Ikat kuat-kuat supaya tak terungkai ikatan. Kamal @ Pak Tih memakai topi keledar untuk keselamatan....


Mohammad nurran @ Dik Ann dan Pak Ndak Khairul


Tu dia..... baru orang lalu kelih....


Kerja-kerja pemasangan siap dijalankan...... Selamat pulang anak-Anak Paya di perantauan. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan untuk membuat Banner raya pada tahun ini. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita sumbang lagi.....


Persiapan terakhir dua sahabat dan bakal biras........ Nurul Amir @ dik Amir dan Shahrizal @ chenz....... esok raya dah tak dak rambut dahhhhh.....

17 Ogos 2012

Salam Lebaran 1433, Maaf Zahir & Batin


Aidilfitri Semakin Hampir, Merdeka Tak Di Lupai

Hari Lebaran semakin hampir. Bila kah Anak-Anak Paya nak pulang?...... Tiket dah beli ka?....... atau terpaksa beraya di rumah mertua?...... Dalam kemeriahan menyambut lebaran, Hari kebangsaan tidak di lupa.


Pengurus Dagang Kasih Enterprise, Khairul Anuar a.k.a. Pak Ndak Herul tersenyum melihat kenderaan perniagaan barunya. Disumbangkan oleh FAMA untuk peniaga kecil sepertinya. Bayaq sorang setengah.... kira OK laa tuuu. Pak Ndak sekarang sedang berlatih dan belajar mengendalikan kenderaan barunya. Tiap-tiap petang keliling kampung. Nak kena kursus di Port Dickson katanya. Zulkifli tersenyum melihat telatah anaknya. Bendera Malaysia pak ndak tak lupa......


Mesin padi pun dah hampir habis menuai.


Jalur Gemilang megah berkibar di Lorong Memori Duka, Kg Katong.


Jalan Kg Nyatoh pun tidak kurang Jalur Gemilangnya.


Tu dia...... di Padang Chenak pun penuh juga benderanya.....


Petang ni nak masak Gulai Daging kata En Johari a.k.a. Pak Cik Mi.


Walaupun penat berpuasa, Pak Cik Mi tetap nak kena pi tengok bendangnya.


Yaziz a.k.a. Dik Yazik bersantai di sebelah petang bersama motosikalnya

10 Ogos 2012

Mentari Merah Di Ufuk Bukit Nyatoh & Anak Teruna Pulang Ke Kampung

Indah sekali permandangan di Kg Paya tak kala mentari mahu melabuhkan cahayanya. Namun aktiviti orang kg Paya tetap dilakukan sementara menunggu waktu maghrib dan waktu berbuka puasa....


Cukup mendamaikan jiwa suasana di waktu senja.


Zamri bersemangat. Persiapan Aidilfitri tidak menjejaskan semangat merdekanya. Bendera penuh di pasang keliling rumah.


Zulkifli dan Mohd Raffi a.k.a. Dik Ropi...... berbincang untuk meningkatkan kemajuan kampung. Dik Ropi balik dari Penang. La ni dia ambik alih tempat abangnya iaitu Dik Yazik, berhijrah ke Penang mencari rezeki. Nak beli kereta Honda Ferio katanya....


Yazmi Mohd Hadzir a.k.a. Cik Mi.... berkain pelikat di waktu petang.


Berkerut muka Cik Mi menahan penat berpuasa. Tahun ni katanya cuti raya buleh la lama sikit.

Steady anak-anak Paya....... Tunggu Banner Raya nak pasang nanti......

08 Ogos 2012

Lambaian Desa Gemalai & Cita-Cita

Mungkin ramai anak-anak Kg Paya yang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu pulang ke kampung. Tiket dah beli dah ka? Atau yang berkereta sendiri kena la cepat-cepat tukaq minyak itam. Memandulah dengan berhati-hati. Moga Selamat sampai ke Kg Paya.


Tempat lepak baru.... dah sedia dok tunggu kawan-kawan mai bersembang.


Air perigi pastinya sejuk sekali....... dulu perigi ni jadi tumpuan masa musim kemarau. La ni buka paip keluaq ayiaq.....


Padi di Padang Chenak dah mula berbuah. Padang Chenak lambat sikit berbuah padinya. Depa tanam lambat sikit.


Buleh naik mesin padi, berasa kemaih tak sangga laaa........ Athirah pun teringin nak naik juga kot?


Punya la puah hati.... balik lena pun mengigau mesin padi.... itulah dunia anak-anak Kg Paya.....


Zamani Said mungkin sedang memikirkan untuk membeli sebiji Mesin Padi dan menjadi tokey mesin padi kot?


Sahabat...... untuk selamanyaaaaa............ Nabil & Iqbal


Zamani cuba menolak mesin padi...... kut-kut berjalan......

Begitulah suasana petang di kampung........ melayan kerenah anak-anak. Moga bila besar nanti, jadilah manusia yang berguna.

02 Ogos 2012

Suasana Petang, Teruna dan Kasut Rayanya


Suasana petang cukup mendamaikan di Kg Paya. Sekarang musim panas. Padi pun sedang mula di tuai. Mesin padi broka Zulhiri a.k.a. Dik Heri telah mula berkerja. Para petani mengharapkan dapat la duit buat persiapan menyambut Syawal Nanti.


Jalan masuk ke kampung dah di perbesarkan. Mudah sikit kereta nak berselisih. Maklumlah, masing-masing dah berkereta besar.


Surau Kg Paya Tengah. Pakat dok Bertarawikh juga di sini.


Belat Batu, dulu tempat ni jadi tumpuan anak muda dok mandi sungai. Dulu airnya jernih. Sekarang.... aduhai... berkeladak.....


Padi dah mula menguning. Tunggu mesin padi nak menuai saja.


 Kedai Wani pun tutup bulan posa. Cuma juai ais tiub saja petang-petang.


Yaziz Mohd Hadzir a.k.a. Dik Yazik sedang termenung. Apakah yang difikirkannya. Mungkin sedang memikirkan bila akan berkunjungnya hari bahagia beliau.


Dik Yazik memperagakan kasut raya Adidasnya. Nak pakai pi Ladang Tebu kot raya ni?

Begitulah suasana kampung. Waktu petang cukup mendamaikan. Ramai juga anak-anak Kg Paya yang balik bulan Ramadhan ni. Mungkin terkenang kampung. Nak tunggu syawal lama sangat. Nanti Syawal balik pulak la kot? Antara yang nampak balik mai berposa di kampung ialan Saiful Adli dan Amyrul Zunika. Moga masing-masing bahagia hendaknya......