SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

10 Ogos 2012

Mentari Merah Di Ufuk Bukit Nyatoh & Anak Teruna Pulang Ke Kampung

Indah sekali permandangan di Kg Paya tak kala mentari mahu melabuhkan cahayanya. Namun aktiviti orang kg Paya tetap dilakukan sementara menunggu waktu maghrib dan waktu berbuka puasa....


Cukup mendamaikan jiwa suasana di waktu senja.


Zamri bersemangat. Persiapan Aidilfitri tidak menjejaskan semangat merdekanya. Bendera penuh di pasang keliling rumah.


Zulkifli dan Mohd Raffi a.k.a. Dik Ropi...... berbincang untuk meningkatkan kemajuan kampung. Dik Ropi balik dari Penang. La ni dia ambik alih tempat abangnya iaitu Dik Yazik, berhijrah ke Penang mencari rezeki. Nak beli kereta Honda Ferio katanya....


Yazmi Mohd Hadzir a.k.a. Cik Mi.... berkain pelikat di waktu petang.


Berkerut muka Cik Mi menahan penat berpuasa. Tahun ni katanya cuti raya buleh la lama sikit.

Steady anak-anak Paya....... Tunggu Banner Raya nak pasang nanti......

08 Ogos 2012

Lambaian Desa Gemalai & Cita-Cita

Mungkin ramai anak-anak Kg Paya yang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu pulang ke kampung. Tiket dah beli dah ka? Atau yang berkereta sendiri kena la cepat-cepat tukaq minyak itam. Memandulah dengan berhati-hati. Moga Selamat sampai ke Kg Paya.


Tempat lepak baru.... dah sedia dok tunggu kawan-kawan mai bersembang.


Air perigi pastinya sejuk sekali....... dulu perigi ni jadi tumpuan masa musim kemarau. La ni buka paip keluaq ayiaq.....


Padi di Padang Chenak dah mula berbuah. Padang Chenak lambat sikit berbuah padinya. Depa tanam lambat sikit.


Buleh naik mesin padi, berasa kemaih tak sangga laaa........ Athirah pun teringin nak naik juga kot?


Punya la puah hati.... balik lena pun mengigau mesin padi.... itulah dunia anak-anak Kg Paya.....


Zamani Said mungkin sedang memikirkan untuk membeli sebiji Mesin Padi dan menjadi tokey mesin padi kot?


Sahabat...... untuk selamanyaaaaa............ Nabil & Iqbal


Zamani cuba menolak mesin padi...... kut-kut berjalan......

Begitulah suasana petang di kampung........ melayan kerenah anak-anak. Moga bila besar nanti, jadilah manusia yang berguna.

02 Ogos 2012

Suasana Petang, Teruna dan Kasut Rayanya


Suasana petang cukup mendamaikan di Kg Paya. Sekarang musim panas. Padi pun sedang mula di tuai. Mesin padi broka Zulhiri a.k.a. Dik Heri telah mula berkerja. Para petani mengharapkan dapat la duit buat persiapan menyambut Syawal Nanti.


Jalan masuk ke kampung dah di perbesarkan. Mudah sikit kereta nak berselisih. Maklumlah, masing-masing dah berkereta besar.


Surau Kg Paya Tengah. Pakat dok Bertarawikh juga di sini.


Belat Batu, dulu tempat ni jadi tumpuan anak muda dok mandi sungai. Dulu airnya jernih. Sekarang.... aduhai... berkeladak.....


Padi dah mula menguning. Tunggu mesin padi nak menuai saja.


 Kedai Wani pun tutup bulan posa. Cuma juai ais tiub saja petang-petang.


Yaziz Mohd Hadzir a.k.a. Dik Yazik sedang termenung. Apakah yang difikirkannya. Mungkin sedang memikirkan bila akan berkunjungnya hari bahagia beliau.


Dik Yazik memperagakan kasut raya Adidasnya. Nak pakai pi Ladang Tebu kot raya ni?

Begitulah suasana kampung. Waktu petang cukup mendamaikan. Ramai juga anak-anak Kg Paya yang balik bulan Ramadhan ni. Mungkin terkenang kampung. Nak tunggu syawal lama sangat. Nanti Syawal balik pulak la kot? Antara yang nampak balik mai berposa di kampung ialan Saiful Adli dan Amyrul Zunika. Moga masing-masing bahagia hendaknya......

26 Julai 2012

Menunggu Saat Berbuka, Laksa 'Unplugged' & Tarawikh


Menunggu saat berbuka puasa memang sesuatu yang cukup lama rasanya. Tapi bila petang-petang duduk melepak bersama sahabat sekampung sambil sembang-sembang tak terasa waktu berlalu. Suasana petang di kampung cukup mendamaikan. 


Zulkifli dan Bang Razak a.k.a. Bang Dak sedang sembang-sembang sambil memerhatikan kerenah anak-anak kecil bermain 'gerek' di depan rumah.


Bang Said lalu sambil habaq kata kuih dia habih awal hari ni. Bang Said peminat bolasepak. Mesti sembang pasai bola saja.


Anak-anak keriangan di petang hari bermain basikal... Nabil dan Farish.....


Bang Dak hari-hari dok tuntun lembu....... rilek saja.... tak penat pun.....' Mana hampa tau kata tak penat? ' katanya sambil tersenyum.


 Lepak-lepak petang sambil menanti waktu berbuka cukup mendamaikan. Kepada anak-anak Kg Paya di perantauan...... Tak teringin nak balik buka posa di kampung ka?


Walaupun laksa 'unplugged' tapi tetap menyelerakan. Buat tatapan anak-anak Paya yang jauh di perantauan. Tak buleh makan, buleh tengok pun jadi laaa......


Malam, solat tarawikh di Masjid Al-Khauthar, Kg. Paya..... Jemaah cukup ramai....... depa pasang ekon..... sejuk aja masa solat. Moga amal ibadat kita di bulan yang mulia ini di terima oleh Allah SWT...... aminnnn...... semoga semua anak-anak Kg Paya yang berada di kampung serta di perantauan baik-baik saja di bulan yang mulia ini.



25 Julai 2012

1 Ramadhan, Mesin Padi & Anak Dara Rindu

1 Ramadhan di Kampung Paya..... Cukup mencabar....... sang Suria memancarkan cahaya dari pagi sampai ke petang. Cukup mendahagakan. Walau sedahaga mana pun., menikmati puasa di kampung cukup menikmatkan.....


Zulkifli, meninjau keadaan padang belah Belukar Keterek...... mesin padi dah mula menjalankan tugas.....


Melayan kerenah anak-anak....... tengok mesin padi acara tetap di sebelah petang.....


Sang Petani tersenyum riang bila padi sudah selamat di tuai.....


Mungkin ramai anak-anak Kampung Paya yang begitu rindu pada kampung halaman. Tak pa dah dekat nak raya dah nii.... cepat-cepat beli tiket balik Paya...... Nanti tak sempat nak makan ketupat di Kampung Paya...

20 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa


Warga Kerja suriapaya.blogspot.com ingin megucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh penduduk Kampung Paya dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Semoga di bulan yang mulia ini bertambah keimanan dan ketaqwaan kita dan semoga segala amal kita di terima Allah SWT.

Futsal Persahabatan Penutup Syaaban

Setelah penat bergotong-royong di siang harinya, pada malam 14hb Julai 2012 dan hasil dari idea dan 'perangat' oleh Zulhiri Johari, satu pertembungan Futsal Persahabatan antara Kg Nyatoh dan Kg Mentenaik telah berlangsung dengan penuh harmoninya. Tapi sayang, orang yang paling kuat berjanji iaitu Yaziz a.k.a. Dik Yazik Yauk nye tik mai punnn..... hari ke janji saja yang gempak!... Yang main malam tu Mahazir, Zulhiri, Pak Tih Kamal, Safri, Saffuan, Norazmin, Ashraf, Zulkifli, Asmifaisal, Khairul Anuar serta Shariman.

Di Yazik pi kangar katanya, Shahrizal habaq kata terlena.... dan Zamani bini tak bagi mai....... macam-macam alasan maa kalau dah tak berani.....


Antara yang beraksi malam tu, Safri a.k.a. Bang Prie Gunting Rambut dan Zulhiri. Pak Tih Kamal sedang dok kira duit apa tu?


Haaa.... Norazmin tak jadi Yauk malam tu. Dia janji mai, dia mai......


Pak Ndak Khairul juga tak ketinggalan bersama Asmifaisal a.k.a. Anak Paya.

Walaupun ramai yang agak berumur tapi skil tetap hebat cuma faktor tenaga yang membataskan pergerakan. Pemain-pemain ini bakal membawa cabaran Team Suria Paya pada kejohanan-kejohanan yang bakal berlangsung nanti.