SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

19 Julai 2012

Surau, Kubur, Gotong-Royong Menuju Ramadhan

Gotong-Royong lagi! Namun itulah kelebihan berada di Kampung Paya. Semangat bergotong-royong tidak pernah luput dan pupus. Kali ini gotong-royong membersihkan kubur dan surau Paya Kg Besar serta Paya Tengah. Tanggal 14hb Julai 2012 merupakan hari yang di pilih oleh Pertubuhan Peladang Paya dengan kerjasama JKKK Paya Kg Besar untuk melaksanakannya. Ia mendapat sokongan yang baik dari penduduk Paya Kg Besar. Tua dan muda sama-sama membantu.


Siapakah beliau?...... Cuba teka kerana dia dalam misi penyamaran.....


Ketua Unit saudara Zulhiri Johari dan Bang Said sedang membersihkan rumput di Dewan Orang Ramai Paya Kg Besar. Tidak ketinggalan En Abdan.


En Khairul Anuar a.k.a. Pak Ndak Herol juga di kenali sebagai Freeman sebagai CEO Dagang Kasih Enterprise, iaitu syarikat pembekal kelapa dan pisang untuk bekalan seluruh Perlis juga tidak ketinggalan bersama-sama memberikan khidmat masyarakatnya.


Operasi menebang pohon Bidara yang telah reput. Di ketuai oleh Pegawai JKR, Bang Di, Pak Tih Kamal, Abang Abby dan Pak Ndak Herol.


Belia 4B Caw Paya Kg Besar.... Ada dimana-mana.....


Yaziz Mohd Hadzir a.k.a. Dik Yazik sedang membersihkan kubur Allahyarham Ayah dan Ciaqnya. Al-Fatihah kepada semua penduduk Paya yang telah meninggalkan kita.


Shahrizal Shaharuddin a.k.a. Chenz'doi juga tidak ketinggalan. Ayah beliau juga di semadikan di kuburan ini. Al-Fatihah....


Dik Yazik di makam Ciaqnya, Allahyarham Osman Endut. Allahyarham semasa hidupnya cukup terkenal dengan sikap peramah dan suka menolong orang. Kereta Volvo birunya yang sering dibunyikan hon nya'King...King....' setiap kali beliau berjumpa penduduk kampung kini menjadi kenangan. Al-Fatihah


Dua sahabat yang sering memg'update'kan status muka buku mereka di malam hari.


Tok Siak Masjid Al-Khauthar, Paya, perlis En Rosli Sudin dan Bang Khalid juga tidak ketinggalan bersama. Bang Khalid dok ajak pi makan bihun di dewan. Allahyarham anak beliau yang juga rakan baik sidang redaksi suriapaya.blogspot.com iaitu Masri juga di semadikan di makam ini. Al-Fatihah


Pak Ndak Kri keletihan. Tu pun nak ajak orang main Pingpong lagii.....


Hak ni yang paling kemaih.... Lepas gotong-royong mesti ada makan-makan.....


Sempat lagi Pak Ndak Herol dan Dik Yazik berdemonstrasi....... 'Jangan Ambil Padang Kami'.... kata mereka....he...he....


Orang Kaya Baru, Saudara Zamani Said juga tidak ketinggalan. Orang kaya ni asyik senyum sajaaa......

Terima kasih kepada semua penduduk Kg Paya yang menjayakan gotong-royong kali ini. Moga Allah jua yang mampu membalasnya.

Selamat Berpuasa......

18 Julai 2012

Selamat Hari Lahir, Indahnya.... Oh Dunia... @ Tabika Perpaduan Daisy

Tabika Perpaduan Daisy, Balai Baru merupakan antara taman bimbingan kanak-kanak yang paling aktif di Perlis. Satu aktiviti melibatkan anak-anak didik telah diadakan di Kayangan Square, Kangar, Perlis pada 23hb Jun 2012. 'Selamat Hari Lahir, Indahnya........ Oh Dunia' merupakan tema sambutan hari lahir untuk anak-anak tabika ini. Tahniah kepada semua warga kerja dan ibu bapa tabika ini yang berkerjasama menjayakan acara ini.


Anak-anak kecil yang memerlukan bimbangan dan kasih sayang kita.


Satu hari nanti, saya akan main dengan Manchester City


Belon berwarna-warni.....


Nabil kata ' Ni Bukan Angry Bird, Kami Nak Main Dengan Angry Bird'.


Anak-anak bermain dan bergambar dengan Chicky


Terima Kasih kepada Kentucky Fried Chicken yang membantu menjayakan aktiviti ini.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi ".

Sayangi lah anak-anak kerana mereka mengharapkan kasih sayang kita.

17 Julai 2012

Aktiviti Berbasikal, Umur Bukan Alasan & Kayuhan Kuala Perlis

Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti yang kian di gemari masa kini. Pada dasarnya , berbasikal ni ada 3 sebab utama ;

1- Memang menjadi minat serta untuk tujuan kesihatan
2- Nak menunjukkan kekayaan
3- Ikut trend semasa.
Jadi mana satu agaknya tujuan berbasikal ni?


Nazzani a.k.a. Derani sedang membelek gerek barunya Specialized Stumpjumper dengan nilai mencecah RM 9.5k .  Fuhhh.... hebat tu..... basikal kuning Scott tu cuma nak tumpang glamer aja.


Pak Long Mahazir a.k.a. Pak Long Masar yang berbaju kuning berumur lebih 70 tahun namun masih kuat berkayuh. Brsama menantunya, Bang Din Kilang Simen yang memakai jersi Radioshack. Juga Bang Bakar Bomba yang tengah memandang ke Laut.


Tak puah hati apa lagi Derani? Dia dok komplen ada bunyi 'krekkk....krekkkkk'.....


Permandangan di Masjid Terapung, Kuala Perlis. Yang penting kayuh untuk kesihatan. Satu lagi, kalau nak kayuh gerek pun nak kena bergaduh dengan bini dulu baru nak boleh kayuh....... nasihat saya, tak payah kayuh lahhhh...... hee...hee..... Bravo Suria Paya Bikerz...

Hidup Di Kampung, Hidup Bermuafakat, Kenduri Serta Sahabat

Sudah menjadi adat hidup di kampung. Kenduri Kendara dan bermuafakat sudah jadi tradisi. Kalau tak pi kenduri serta tolong tempat kenduri, maka dapatlah gelaran YAUK. Tua dan muda sama-sama membantu. Ikut mana yang mampu. Bila sampai giliran kita, orang mai tolong kita pulak.


Mohd Fuad, sentiasa setia membasuh gelas-gelas air merah...... 


YB Santan, Tn Hj Sabry Ahmad tidak ketinggalan memeriahkan majlis sambil bertemu penduduk setempat. Sambil-sambil makan boleh mendengar keluh kesah rakyat. Puad dan En Shahidan Shaari a.k.a. Pak long Dan dok lobi projek ka?... hee...hee...


Kenduri-kendara juga kadangkala menjadi medium pertemuan kembali sahabat lama. Mohd Faizal a.k.a. Pijan bersama sahabat lama Iput.


Ni penyokong kelab Johor FC ka?


Pengantin yang diraikan, Mond Fauzi a.k.a. Pujie dan Pasangannya di hari bahagia.


Sudah menjadi adat, bila nak kenduri, kena la bermesyuarat, baru majlis berjalan lancar. Kamal Sudin, Fuad dan Bang Mi.


Pengerusi mesyuarat, En Suhaimi, Pengerusi JKKK Cikgu Abdul Halim dan Abdul Razak a.k.a. Bang Dak Bekhoo....


Ingatkan ada kenduri di rumah Shahrizal Shahrudin a.k.a. Cendoi, tengok asap berkepui-kepui tapi rupanya dok bakar sampah...... pencemaran alam ni....


Skuad Basuh Pinggan di rumah Kenduri Pernikahan anak En Zakaria a.k.a. Bang Ya yang terletak di hujung kampung. Muhizan, Yaziz, Khairul Anuar, En Shaari, En Ridzuan, Pak Ngah Lah dan Pak Tih Kamal


Nabil pun nak basuh pinggan sama......


Mesyuarat JKKK yang di hadiri oleh YB Santan, Tn Haji Sabry Ahmad. Mendengar permasalahan Penduduk Paya Kg Besar.


Dua beradik, Pak Ndak Khairul dan Pak Tih Kamal khusyuk mendengar ucapan.

Hidup di kampung, Hidup Sederhana, Walau Sederhana Tapi Mewah Tolong Menolong...

16 Julai 2012

Kenduri, Ribut 17-03-12 & Gotong-Royong Ribut-Ributan

Kadangkala cuaca sukar di jangka. Ribut 17/3/12 melanda Perlis. Tidak terkecuali, Kg Paya juga mengalaminya. Alhamdulillah, walau ribut kuat melanda, namun tidak memberi kerosakan yang teruk. Tetapi ada rumah warga Kg Paya yang bumbung di terbangkan angin. Moga semua tabah menhadapinya dan jadi pedoman agar kita lebih mengingati Nya.


Petang, cuaca masih elok. Kenduri laksa di rumah Amil Masjid Al-Khauthar, Paya iaitu En Abdan Osman a.k.a. Tok Su Dan


Bang Dan menikmati Laksa. Mak Tih Diana mendukung cucunya.....


Petang 18/3/12, ramai-ramai bergotong royong membuang pokok-pokok yang tumbang akibat ribut. Mohd Nurran a.k.a. Dik Ann dan Yazmi Mohd Hadzir a.k.a. Cik Mie tak ketinggalan....


Cik Mie lagiiiii........


Aksi Dua Beradik, Zamani Said dan Zafril Said (Cik Uik dan Preen)


Tidak ketinggalan Zulkifli anak Pak Cik Mi......


Tekong dan Ketua pemotong, Bang Rosenee Darus


Raja lauk, Norazmi Pak Long Dak pun adaaa.....


Dan senja yang cukup mendamaikan di Kg Paya (Lokasi : Pandangan Dari Jalan Hj Sulaiman)

Anak Tani, Bendang & Trekta

Anak Tani, Bendang dan Trekta merupakan satu adunan yang tidak boleh di pisahkan. Ia ibarat irama dan lagu. Suasana yang amat dirindukan oleh anak tani bila berjauhan dari kampung.


Walau jauh merantau, namun pasti pulang jua untuk menikmati suasana dan kenangan indah di kampung


Generasi kecil anak tani tidak pernah jemu bersantai di tepi parit bendang. Dulu parit tanah, kini sudah berkonkrit.


Trekta....... terus gagah membajak sawah.......

bau bendang, walaupun tengit, walaupun busuk....... tetap kami rindukan.......

08 Mac 2012

Musim Cuti Sekolah dan Orang Kawin....



Majlis Ilmu di Masjid Al-Kauthar, Kg Paya Perlis pada hari Sabtu malam Ahad disampaikan oleh Ustaz Juzaili Bin Ibrahim, Imam 1 dengan tajuk Rukun-Rukun Solat.


Antara jemaah yang berkesampatan hadir dalam majlis ilmu di Masjid Al-Kauthar.


Mesyuarat Pakatan Kenduri Paya Kg Besar dijalankan pada 03hb Mac 2012 di rumah En Radzi Bin Ahmad sempena majlis perkahwinan anak beliau pada 10hb Mac 2012.


Ahli Kenduri Paya Kg Besar menikmati jamuan selepas selesai mengangkut barang-barang untuk persediaan kenduri Perkahwinan anak En Radzi Bin Ahmad. Kelihatan Cikgu Roslan, Pak Ndak Khairul, Bang Man dan Pak Choh sedang menjamu selera.


Bang Rahim Gas, Pak Ndak Kri, Pak Tih Kamal, Ustaz Mat Isa dan Cikgu Suhaimi sedang menjamu selera.


Fuad dan Pak Ngah Lah nampaknya keletihan selepas selesai memasang khemah.