SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

17 Julai 2012

Hidup Di Kampung, Hidup Bermuafakat, Kenduri Serta Sahabat

Sudah menjadi adat hidup di kampung. Kenduri Kendara dan bermuafakat sudah jadi tradisi. Kalau tak pi kenduri serta tolong tempat kenduri, maka dapatlah gelaran YAUK. Tua dan muda sama-sama membantu. Ikut mana yang mampu. Bila sampai giliran kita, orang mai tolong kita pulak.


Mohd Fuad, sentiasa setia membasuh gelas-gelas air merah...... 


YB Santan, Tn Hj Sabry Ahmad tidak ketinggalan memeriahkan majlis sambil bertemu penduduk setempat. Sambil-sambil makan boleh mendengar keluh kesah rakyat. Puad dan En Shahidan Shaari a.k.a. Pak long Dan dok lobi projek ka?... hee...hee...


Kenduri-kendara juga kadangkala menjadi medium pertemuan kembali sahabat lama. Mohd Faizal a.k.a. Pijan bersama sahabat lama Iput.


Ni penyokong kelab Johor FC ka?


Pengantin yang diraikan, Mond Fauzi a.k.a. Pujie dan Pasangannya di hari bahagia.


Sudah menjadi adat, bila nak kenduri, kena la bermesyuarat, baru majlis berjalan lancar. Kamal Sudin, Fuad dan Bang Mi.


Pengerusi mesyuarat, En Suhaimi, Pengerusi JKKK Cikgu Abdul Halim dan Abdul Razak a.k.a. Bang Dak Bekhoo....


Ingatkan ada kenduri di rumah Shahrizal Shahrudin a.k.a. Cendoi, tengok asap berkepui-kepui tapi rupanya dok bakar sampah...... pencemaran alam ni....


Skuad Basuh Pinggan di rumah Kenduri Pernikahan anak En Zakaria a.k.a. Bang Ya yang terletak di hujung kampung. Muhizan, Yaziz, Khairul Anuar, En Shaari, En Ridzuan, Pak Ngah Lah dan Pak Tih Kamal


Nabil pun nak basuh pinggan sama......


Mesyuarat JKKK yang di hadiri oleh YB Santan, Tn Haji Sabry Ahmad. Mendengar permasalahan Penduduk Paya Kg Besar.


Dua beradik, Pak Ndak Khairul dan Pak Tih Kamal khusyuk mendengar ucapan.

Hidup di kampung, Hidup Sederhana, Walau Sederhana Tapi Mewah Tolong Menolong...

16 Julai 2012

Kenduri, Ribut 17-03-12 & Gotong-Royong Ribut-Ributan

Kadangkala cuaca sukar di jangka. Ribut 17/3/12 melanda Perlis. Tidak terkecuali, Kg Paya juga mengalaminya. Alhamdulillah, walau ribut kuat melanda, namun tidak memberi kerosakan yang teruk. Tetapi ada rumah warga Kg Paya yang bumbung di terbangkan angin. Moga semua tabah menhadapinya dan jadi pedoman agar kita lebih mengingati Nya.


Petang, cuaca masih elok. Kenduri laksa di rumah Amil Masjid Al-Khauthar, Paya iaitu En Abdan Osman a.k.a. Tok Su Dan


Bang Dan menikmati Laksa. Mak Tih Diana mendukung cucunya.....


Petang 18/3/12, ramai-ramai bergotong royong membuang pokok-pokok yang tumbang akibat ribut. Mohd Nurran a.k.a. Dik Ann dan Yazmi Mohd Hadzir a.k.a. Cik Mie tak ketinggalan....


Cik Mie lagiiiii........


Aksi Dua Beradik, Zamani Said dan Zafril Said (Cik Uik dan Preen)


Tidak ketinggalan Zulkifli anak Pak Cik Mi......


Tekong dan Ketua pemotong, Bang Rosenee Darus


Raja lauk, Norazmi Pak Long Dak pun adaaa.....


Dan senja yang cukup mendamaikan di Kg Paya (Lokasi : Pandangan Dari Jalan Hj Sulaiman)

Anak Tani, Bendang & Trekta

Anak Tani, Bendang dan Trekta merupakan satu adunan yang tidak boleh di pisahkan. Ia ibarat irama dan lagu. Suasana yang amat dirindukan oleh anak tani bila berjauhan dari kampung.


Walau jauh merantau, namun pasti pulang jua untuk menikmati suasana dan kenangan indah di kampung


Generasi kecil anak tani tidak pernah jemu bersantai di tepi parit bendang. Dulu parit tanah, kini sudah berkonkrit.


Trekta....... terus gagah membajak sawah.......

bau bendang, walaupun tengit, walaupun busuk....... tetap kami rindukan.......

08 Mac 2012

Musim Cuti Sekolah dan Orang Kawin....



Majlis Ilmu di Masjid Al-Kauthar, Kg Paya Perlis pada hari Sabtu malam Ahad disampaikan oleh Ustaz Juzaili Bin Ibrahim, Imam 1 dengan tajuk Rukun-Rukun Solat.


Antara jemaah yang berkesampatan hadir dalam majlis ilmu di Masjid Al-Kauthar.


Mesyuarat Pakatan Kenduri Paya Kg Besar dijalankan pada 03hb Mac 2012 di rumah En Radzi Bin Ahmad sempena majlis perkahwinan anak beliau pada 10hb Mac 2012.


Ahli Kenduri Paya Kg Besar menikmati jamuan selepas selesai mengangkut barang-barang untuk persediaan kenduri Perkahwinan anak En Radzi Bin Ahmad. Kelihatan Cikgu Roslan, Pak Ndak Khairul, Bang Man dan Pak Choh sedang menjamu selera.


Bang Rahim Gas, Pak Ndak Kri, Pak Tih Kamal, Ustaz Mat Isa dan Cikgu Suhaimi sedang menjamu selera.


Fuad dan Pak Ngah Lah nampaknya keletihan selepas selesai memasang khemah.

29 Februari 2012

Selamat Datang 2012

Selamat Datang 2012. Warga kerja Suriapaya.blogspot ingin memohon maaf kepada semua yang mengikuti blog ini kerana ia tidak dikemaskini dalam tempoh yang agak lama. Ini adalah kerana berlaku beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. kini berita-berita dari Kg Paya kembali menemui anda. Semoga ia dapat mengubat kerinduan para penghuni Kg Paya serta Anak-Anak Paya di perantauan.


Para peserta beradu pertandingan congkak pada pesta In-Door Game Paya Kg Besar yang telah berlangsung pada 8hb Januari 2012.


Peserta Acara Dam Haji


 Tidak terkecuali En Narla Dan juga menyertai acara Karom.



 Semakin Jauh Semakin Sayang.... Pakat lawan sambut teloq ayam....


Acara kutip Coklat untuk kanak-kanak


Bang Man Latiff dan Mat Fitri (Tempat ke 3) sedang 'menyumbangkan' lagu Perigi Biru dan Widuri


YB Sabry Ahmad (ADUN Santan) dan En Azizan Sulaiman juga hadir memeriahkan acara dan penyampaian hadiah.











Zulkifli, Safwan, Fuad serta Khairuzi (Johan) sedang asyik mendendangkan lagu mereka....
  



En Kamal dan rakan-rakan sedang mengucai Dodol yang di anjurkan oleh Perkumpulan Wanita Paya Kg Besar pada 24hb Februari 2012


 Pengerusi JKKK Paya Kg Besar, Cikgu Halim juga tidak ketinggalan...



Tu dia...... Bang Said dan Pak Ndak Kri juga tak ketinggalan


Yaziz dan Mohd Noramin, pemain harapan sepaktakraw Suria Paya sedang berposing semasa menyertai Kejohanan Sepaktakraw Tertutup DUN Santan.


Yaziz, Mahazir dan Asmifaisal tidak ketinggalan menyertai acara sampingan iaitu makan bihun.....

13 Oktober 2011

Aku Tetap Setia Di Sini....


Selamat Pulang Anak-Anak Paya Di Perantauan......
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.... Maaf Zahir & Batin.......
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.......


Petugas di belakang tabir terus setia berkhidmat untuk Team Suria Paya.....


Wajah-wajah yang setia di Kg Paya........

24 November 2010

Maaf Atas Segala Kesulitan

Kepada rakan-rakan yang kerap mengikuti perkembangan di Kg. Paya, harap maklum, blog ini tidak dapat dikemaskini buat sementara waktu akibat masalah 'server'. Blog ini akan dikemaskini secepat mungkin apabila masalah tersebut dapat diselesaikan. Harap maklum dan maaf atas segala kesulitan. Terima kasih.