SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

07 September 2010

Salam Kemerdekaan & Salam Aidilfitri

Merdeka! Merdeka! Merdeka dan Salam Aidilfitri



Jalur Gemilang berkibaran megah di Kampong Katong

 Air dah mula memenuhi petak-petak di Padang Chenak.

Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua anak-anak Kg Paya serta Salam Aidilfitri. Sebab masing-masing dalam mood raya, rasanya elok saya update gambar-gambar raya lepas raya nanti. masing-masing pakat dok ingat nak balik Paya saja. Pesan suriapaya.blogspot agar semua berhati-hati ketika memandu. semoga selamat sampai ke Kg Paya dan dapat berhari raya bersama keluarga.

Seperti yang saudara sedia maklum, tahun ini pertandingan Keceriaan Malam Aidilfitri tidak dapat diadakan disebabkan kita kekurangan dana disamping kemelesetan ekonomi dunia. Jadi kita kena la berjimat cermat tahun ni.

Namun jangan bimbang, sebagai ganti, pada malam 18hb Sep 2010 ni, akan diadakan pertandingan Tenpin Bowling. Kita main bowling pulak raya ni. Jom kita sama-sama sertai untuk memeriahkan lagi hari raya di samping mengeratkan silaturrahim. Yuran cuma RM15.00. Itupun hanya untuk bayaran gelanggang dan kasut. Hadiah menarik menanti peserta. Rujuk ruangan aktiviti yang bakal berlangsung untuk maklumat lanjut.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

03 September 2010

Di Sini Kasihku Tertumpah

Di Kg. Paya kasihku tertumpah.........


Senja yang cukup mendamaikan...... gambar diambil di Padang Chenak.... Sampai lewat hari tu.... ngam-ngam masa nak buka posa...

 
Kodik dan Mat Pitri (2 bujang lapok).... walaupun posa ...... tetap ceria......


Pak Tih Kamal dengan Sapuan tengah dok ingat nasik kandaq kot

24 Ogos 2010

Minggu Yang Mendamaikan

Minggu yang cukup mendamaikan..... Dapat berbuka posa dan sahur di rumah.....
Minggu lepas mesin padi dok mesin padi..... minggu ni trekta dah mai dok mengala dah pulak...


Trekta dok mengala petak Bang Am


Zamani dok terkernyeh bila gambaq dia dah masuk berita suriapaya.blogspot


Santai sambil dok tengok trekta mengala...


Dok tengok trekta mengala....


Dia start dok mengala dahhhh........


Menunaikan hajat Asmifaisal (AnakPaya). Rumah banglo ayah dia.....


Lubuk V, dekat rumah Norhadi, dulu tempat aku dok 'pelit' (terjun pusing)


Sekolah Paya pun dah nak siap dah....


Masjid Paya berlatarbelakangkan Sek Paya.....

Alhamdulillah......

16 Ogos 2010

Sabar Menghadapi Ramadhan..........

Salam Ramadhan,
Meriah.....itulah yang dapat diungkapkan melihat sambutan Bulan Ramadhan di Kg. Paya.
Buat yang merindui kampung halaman, tataplah gambar-gambar untuk mengubat rindu.



Alamak! Mat Fitri sampai terlelap mendengar tazkirah dari Ust Juzaili...


Mat Fitri dan Pak Long Dan berehat sebentar sebelum memulakan solat Tarawikh


Achaan (Bang Dan) dan Kopli juga berehat sebentar.


Surau Paya Kg Besar, juga ada orang bersolat tarawikh diimamkan oleh Cikgu Roslan


Surau Paya Tengah....pun ada orang bersolat tarawikh diimamkan oleh Pak Rosli


Surau PAS Paya Pauh Gembol


Surau Paya Pauh Gembol.... Tengok kedai Li Debok teringat gelanggang takraw di sebelah kedai tu... dulu ada killer power dok merejam di situ......tapi sekarang tiada orang dok main lagi kat situ...


Ni pulak surau Kg Paya Batas Tinggi. depan rumah Mat Riyad


Sebuah rumah dekat surau Kg Paya Batas Tinggi.....

Moga dengan menatap gambar-gambar di atas terubat rindu anak-anak paya di rantauan.
Kepada orang paya yang dok tengok motor Yamaha LC dok keliling kampung Paya dok ambik gambaq, jangan la dok pikiaq bukan-bukan.... dia merupakan wartawan suriapaya.blogspot yang cuba memaparkan perkembangan terkini Kg Paya.
Awas....anda semua sedang diperhatikan dan berpeluang mengisi ruangan di suriapaya.blogspot

09 Ogos 2010

Berita Dari Kampung (8hb Ogos 2010)

Balik kampung minggu lepas pada 8/8/2010, banyak perkara-perkara menarik berlaku. Perkara sedih pun ada juga.


 Jumpa aja tayar ni, maka tau laa...... Jalan nak masuk Paya Kg. Besar.


Padi dah mula menguning, tapi tak berapa menjadi tahun ni...... namun syukur alhamdulillah



Tu dia, mesin padi pun dah mai. Dok parking tang depan rumah bang daq bek hoo...


Jalan dari Titi Lembu ke Belat Batu tengah dok naik taraf....


Tempat lepak..... sungguh mendamaikan....


Kesian..... Bang Li Jepun kemalangan di sini pada hari sabtu, tengok macam teruk....tapi alhamdulillah, dok di wad rawatan luar aja...


anak-anak Paya Kampong Besar keriangan bermain disebelah petang......

Kot ada yang nak bertanya kabaq orang kampung, saya sedia membantu..... habaq nama.... nanti saya pi temuramah dah boh di sini....





25 Jun 2010

Indahnya Pulau Mutiara Dari Atas Sana.......

Indahnya Pulau Mutiara dari atas sana. Indahnya ciptaan Allah.
Begitulah hidup pengembara, berlegar keserata bumi mencari rezeki.


Mercu tanda Bukit Bendera


Permandangan dari beranda.......

13 Mei 2010

Muncul Kembali Setelah Lama Menyepi

Team Suria Paya akan kembali semula dengan penampilan yang lebih hebat. Tunggu kemunculannya kembali setelah agak lama menyepi.