SELAMAT DATANG KE BLOG DAN LAMAN WEB RASMI PAYA KG. BESAR, BESERI, PERLIS, MALAYSIA - Kg Paya, Permai Lagi Mendamaikan -

Nuffnang Ads

09 Ogos 2010

Berita Dari Kampung (8hb Ogos 2010)

Balik kampung minggu lepas pada 8/8/2010, banyak perkara-perkara menarik berlaku. Perkara sedih pun ada juga.


 Jumpa aja tayar ni, maka tau laa...... Jalan nak masuk Paya Kg. Besar.


Padi dah mula menguning, tapi tak berapa menjadi tahun ni...... namun syukur alhamdulillah



Tu dia, mesin padi pun dah mai. Dok parking tang depan rumah bang daq bek hoo...


Jalan dari Titi Lembu ke Belat Batu tengah dok naik taraf....


Tempat lepak..... sungguh mendamaikan....


Kesian..... Bang Li Jepun kemalangan di sini pada hari sabtu, tengok macam teruk....tapi alhamdulillah, dok di wad rawatan luar aja...


anak-anak Paya Kampong Besar keriangan bermain disebelah petang......

Kot ada yang nak bertanya kabaq orang kampung, saya sedia membantu..... habaq nama.... nanti saya pi temuramah dah boh di sini....





25 Jun 2010

Indahnya Pulau Mutiara Dari Atas Sana.......

Indahnya Pulau Mutiara dari atas sana. Indahnya ciptaan Allah.
Begitulah hidup pengembara, berlegar keserata bumi mencari rezeki.


Mercu tanda Bukit Bendera


Permandangan dari beranda.......

13 Mei 2010

Muncul Kembali Setelah Lama Menyepi

Team Suria Paya akan kembali semula dengan penampilan yang lebih hebat. Tunggu kemunculannya kembali setelah agak lama menyepi.

11 Februari 2010

Menawan Banjaran Nakhawan (Wang Kelian)

Misi Menawan Banjaran Nakhawan Pada 31 Januari 2010
Punya lapaq masa naik bukit Wang Kelian, makan tak tengok kiri kanan dah Che Gu Mi ni...
Nasi Goreng Pun Sodapppppp.........
Berehat Sebentar sambil menikmati keindahan Kaki Bukit dari Banjaran Nakhawan
Orang letih, Basikal pun letih......
memulakan kembali penurunan. Team Suria Paya merupakan pasukan terakhir yang menamatkan cabaran hari tu. Dan aku pulak orang yang terakhir. Banyak team yang naik ke Wang Kelian hari tu antaranya NXT dan GB Team...... dan ramai juga yang tewasss. Walaupun di tempat terakhir, Team Suria Paya tetap berbangga kerana memulakan kayuhan dari rumah.... bukan bawak basikal mai batu 16.... Hidup Team Suria Paya!

20 Januari 2010

Musim Timur Dah Mai......



Kodik GTA menunjukkan tanda 'Baguuusss' setelah berjaya menawan guar-guar ladang tebu pada 17hb Januari yang lalu.


Pemain Pasukan Bolasepak dan Futsal Suria Paya meneruskan latihan pada setiap petang di Kg Katong Arena bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung pada tahun 2010.


Permandangan di Padang Chenak. Padi dah dituai, petani tersenyum riang.


Peloton GB Team - Specialized melintasi jalan ke Wang Ulu sempena Kayuhan Mentarang pada 10hb Januari 2010 yang lalu.

04 Januari 2010

2009 dalam kenangan, 2010 penuh cabaran...


Cahaya sinar suria pagi mula memancarkan cahaya. Secerah sinar suria, itulah harapan dan doa kita pada Allah SWT. Moga tahun ini bertambah lagi keberkatan hidup kita.
Sempena tahun baharu 2010 yang mula menjelma bersama sinaran suria pagi, http://mahazirmatalim.blogspot.com/ kini sudah diubah ke domain http://suriapaya.blogspot.com/. Tajuknya mungkin berlainan, tapi fitrahnya sama saja.
Bermulanya kembali satu catatan perjalanan yang telah berjalan sejak sekian lama.
Berikut adalah peristiwa yang telah berlaku di Paya Kampong Besar pada minggu pertama tahun baharu:
Tarikh : 01hb Januari 2010
Team Suria Paya dah memulakan kembali latihan di Kg Katong Arena. Tahun ni kita akan kembali menggegar!



Tarikh : 02hb Januari 2010
Majlis Perkahwinan Saudara Saiful Adli Bin Suhaimi (Anak Cikgu Mi)

Tarikh : 03hb Januari 2010
Mesyuarat AJK Gerakan Belia 4B Cawangan Paya Kampong Besar Bil 1/2010.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2010. Antara aktiviti yang telah dipersetujui ialah Acara Pertandingan Wau dan Sukaneka yang dijangka akan di adakan pada Tahun Baru Cina iaitu pada 14hb Februari 2010 (Ahad). Pakat-pakat boleh rancang dah la cuti pada hari tersebut.

08 Disember 2009

Kejohanan Futsal JKKP Zon Utara, Pulau Pinang 2009

Pada 5hb Disember 2009 yang lalu bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, Pulau Pinang telah berlangsung Kejohanan Futsal JKKP Zon Utara yang melibatkan pejabat-pejabat Cawangan JKKP Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Pasukan jemputan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dan di bahagikan kepada 2 kumpulan.
Para petugas merangkap penyeri majlis...

Ucapan perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Johari Bin Basri, Ketua Pengarah JKKP Malaysia.

Ya Allah kami bermohon pada Mu semoga kejohanan kali ini berjalan lancar dan semoga ada lagi kejohanan pada masa akan datang....Amiiiiiiiiinnnnn........

Ni belakon saja ni....... nak mengorat amoi St john...... buat-buat tergeliat pulak....

Pak Lang Rahime yang balik bercuti dari JKKP Sarawak tidak ketinggalan datang memberi sokongan kepada bekas pasukannya, Pinang Tunggai. Takkan baru balik mai dah ada tokey kilang belah Be'kalalan talipon nak buat inspection kot? Sabaq aja la Pak Lang....Macam tu la dok adaaaaa...... Dengar cerita sekarang Pak Lang bermain untuk Pasukan SPRM Kuching....

Amoi St. John punya pasai, tak sakit pun buat-buat sakit pulak!

Walau kalah, strategi tetap power.....

Akhirnya penjaga gol Mungthong United terpaksa diturunkan untuk membantu skuad Pinang Tunggai dari dibolosi lebih banyak gol....

Gelagat Penyokong Pasukan Kedah & Perlis......

Kitana's Stars (Perak) - Johan

Kedah Kickerz (Kedah) - Naib Johan

Tephra (Perak) - Semifinalist


Star Team (W.P. Putrajaya) - Semifinalist



Ketela F.C. (Perlis) - Tempat ke 5

Pinang Tunggai (Pulau Pinang) - Tempat ke 6

Wira Tangkas (W.P. Putrajaya) - Tempat ke 7


Pinang Tunggai Jr (Pulau Pinang) - Tempat ke 8)
Semoga kita bertemu lagi pada kejohanan yang akan datang pada tahun 2010. Pada tahun hadapan pihak jawatankuasa pertandingan bercadang untuk mengadakan perlawanan secara liga timbal-balik di setiap negeri yang mengambil bahagian. Majulah Futsal untuk JKKP.
Macamana negeri-negeri lain? ADA BERANI menyambut cabaran dari Pasukan Pakatan Futsal Utara? Kalau berani, tunggu apa lagi, keluarkan kasut anda dari kotak! Berlatihlah bersungguh-sungguh sebelum terlambat! JANGAN BILA KERANDA DIBAWA, BARULAH KAU BERCUCURAN AIRMATA!